4 Sebab Kenapa Barangan Preloved Adalah Option Terbaik Untuk Anda Berfesyen

Biasa anda ke butik-butik ternama di shopping mall dan anda hanya tengok sahaja pakaian berkenaan tanpa membeli?

Rasanya ramai pernah berdepan dengan situasi sebegini. Kadang-kadang dalam hati nak melaram beg jenama Louis Vuitton, pakai jeans Levi’s dan pakai baju Fred Perry tetapi budget pula tidak mengizinkan.

Tetapi percaya tak anda boleh membeli baju Fred Perry original dengan harga bawah RM100 dan beg Louis Vuitton pada harga bawah RM1000? Segalanya mungkin jika anda berbelanja barang preloved!

Jadi apa itu preloved? Preloved ini adalah barangan yang pernah dipakai oleh orang lain sebelum ini tetapi dijual kembali pada harga yang jauh lebih murah dari harga sebenar barangan tersebut.

Preloved ini tidak terbatas pada pakaian sahaja. Aksesori seperti kacamata, beg, dan kasut juga boleh dibeli secara preloved.

Jadi kenapa anda perlu berubah kepada barangan preloved? Di sini kita ada 4 sebab utama

1. MURAH ORIGINAL

adidas stan smith

Ini sebab utama kenapa anda perlu layan preloved. Biasanya barangan preloved original. Kalau anda bernasib baik, boleh dapat satu kasut Stan Smith dengan harga RM50 sahaja.

2. VINTAGE

converse all star vintage

 

Jika anda bernasib baik, anda boleh dapat barangan  yang dijual di era 70an atau 80an. Ada sesetengah barangan yang anda tidak boleh dapat lagi ketika ini. Contohnya kasut Converse Made In USA. Sekarang ini semua kasut Converse dibuat di China ataupun Vietnam. Kualitinya sangat-sangat berbeza. Anda hebat jika menyarungkan barangan vintage sebegini.

3. BANYAK PILIHAN

preloved shopping

Kalau anda pergi ke pusat membeli belah, barangan yang dijual mungkin tidak menepati citarasa anda. Jika anda ke kedai preloved atau bundle, semestinya pilihan itu banyak dan rambang mata anda dibuatnya nanti!

4. RARE

iron maiden

Barang yang ‘rare’ hanya akan timbul di medan preloved atau kedai-kedai bundle.

Rare ini bermaksud ianya menjadi rebutan para collector dan ianya sangat susah dicari.  Sebagai contoh baju band vintage Iron Maiden.  Jika anda dapat dengan harganya RM100, anda mungkin boleh jualnya kembali pada harga lebih tinggi bergantung kepada berapa Rare baju tersebut.

Lagi-lagi kalau anda dapat design baju yang dipakai sendiri oleh Iron Maiden atau baju concert tour mereka. Pergh, memang boleh cecah ribuan ringgit!

Di Banduro Store kami menyediakan seleksi barangan preloved yang hebat tetapi dengan harga yang mampu milik. Jemput datang ke Banduro dan rasai sendiri kehebatan barangan preloved ini. Welcome to the preloved world guys!