9 Sebab Barangan Pre-Loved Menjadi Pilihan Orang Ramai

Okay harini admin ingin berkongsi kepada anda di luar sana, sebab-sebab kenapa barangan pre-loved harini sudah menjadi sebahagian besar pilihan orang ramai tidak kira untuk menjadikannya pakaian untuk bergaya, formal, casual, harian ataupun bersukan sekalipun.

Kerana sesetengah kedai pre-loved item di Malaysia sememangnya menyediakan kesemua jenis barangan.

Di Bandoru sendiri, kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda seperti seluar jeans, tshirt, jacket, blazer, hoodie, seluar slack, winter jacket, topi, jam, dompet, pakaian sukan dan sebagainya.

Jika anda ingin membuat perbezaan kepada masyarakat, terdapat pelbagai cara anda boleh menggunakan kuasa anda sebagai pengguna, salah satunya dengan menyokong industri barangan pre-loved di Malaysia.

Kerana masyarakat kita dipandu oleh pengguna sekeliling, salah satu cara terbaik untuk menguntungkan belanjawan anda sendiri, menyelamatkan alam sekitar, dan memenuhi keinginan belanja anda untuk barangan yang unik adalah dengan membeli barangan pre-loved atau terkenalnya di Malaysia dengan panggilan sebagai barangan bundle.

Walaupun produk mesra alam yang inovatif dan pilihan organik baru terus diperkenalkan dengan sambutan yang hebat, masih terdapat cara yang dapat memberi manfaat kepada dunia iaitu dengan mengitar semula, menggunakan semula, dan menghargainya, ia boleh dikatakan dapat menyelamatkan kos yang amat tinggi!

Disini admin nak kongsi, 9 sebab yang perlu anda tahu kenapa pada waktu ekonomi sekarang ini, berbelanja barangan pre-loved merupakan salah satu perbezaan yang sangat besar yang boleh anda lakukan dalam kehidupan anda.

Sebab barangan pre-loved menjadi pilihan orang ramai :

1. Majoriti Barangannya Mampu Milik

Apabila anda berbelanja di kedai yang menjual barangan pre-loved seperti Bandoru,  atau kedai bundle yang lain, wang anda mampu membeli barangan lebih dari anda jangkakan.

Rata-rata, produk yang ditawarkan biasanya 50% lebih murah! Siapa yang selalu datang Bandoru, mesti tahu bagaimana harga-harga barangan yang kami tawarkan. Majoritinya harga yang ditawarkan sangat mampu milik.

Ini membolehkan anda menjimatkan wang untuk perbelanjaan penting yang lain yang semakin lama semakin meningkat harini.

2. Anda Dapat Merasai Kegembiraan “Menyelam”

Apa keseronokkan menyelam yang selalu orang sebut-sebutkan apabila datang ke Bandoru ni ?

Admin nak beritahu, semua orang yang datang ke Bandoru adalah mereka yang tidak mempunyai idea apakah barangan yang mereka akan jumpa semasa “menyelam” (mencari) nanti.

Anda berurusan dengan perkara yang tidak anda ketahui.

Apabila anda sampai sahaja, anda akan mencari dan cari sehingga anda dapati item yang ada inginkan tersebut pada harga yang tak dapat dibayangkan (sangat murah) dan di sinilah satu perasaan yang sangat menggembirakan akan wujud tanpa anda sedari.

*Cuba bayangkan situasi diatas berlaku pada diri anda…

Dengan cara ini, membeli belah barangan pre-loved dapat memberi pengalaman ganjaran yang lebih berbanding anda membeli barangan di kedai retail yang lain. Perasaanya cukup berbeza.

Seperti mencari harta karun yang hilang.

3. Wang Anda Kekal Dalam Komuniti

Kebanyakkan mereka yang menjual barangan pre-loved ini merupakan orang tempatan, maksudnya rakyat Malaysia sendiri yang mengendalikan industri ini.

Membeli barangan pre-loved dapat memastikan wang anda tetap berada dalam masyarakat di mana ia dapat memberi manfaat kepada pemilik bisnes tersebut seterusnya usaha sama kita semua menyokong pertumbuhan ekonomi di Malaysia khususnya.

Jika bukan admin dan kita semua yang menyokong bisnes orang tempatan, siapakah lagi yang akan memikul tanggungjawab ini bersama?

4. Kualiti ? Better Than New!

Bagi yang masih belum datang ke Bandoru, lihatlah sendiri barangan disini.

Bandoru sangat menitikberatkan dari segi kualiti dimana prosesnya dijaga dan diteliti sebelum di hantar kesemua outlet untuk memastikan sesiapa sahaja yang berbelanja di Bandoru akan mendapatkan kualiti yang terbaik dari pihak Bandoru.

Bagi yang belum menonton video bagaimana proses barangan Bandoru di kilang, anda boleh lihat disini :

Bandoru TV Episod 1 : Jom Jelajah Kilang Bersama Team Bandoru

Praktikal dan berpatutan.

5. Ia Mesra Alam

Membeli barangan terpakai akan memotong permintaan perkilangan dan dapat mengeluarkan lebih banyak barang di tapak pelupusan!

Tahukah anda, semakin tinggi barang yang ada di tapak pelupusan, semakin besar kos penyelengaraannya dan semakin buruk kesannya kepada persekitaran alam sekitar.

Kerana sejumlah besar barangan buatan manusia secara rutin akan dibuang beribu-ribu tan ke tapak pelupusan.

Maka dengan penggunaan semula barangan yang boleh digunakan ini, dapat memberikan kehidupan yang lebih lama kepada barangan isi rumah dan keluarga anda yang lain juga dapat gunakannya, proses ini dapat menyelamatkan Bumi ke arah yang lebih baik.

Jangan memperkecilkan tindakan atau kuasa seorang. Kerana dari seorang boleh wujudnya jutaan dan billion orang yang lain.

Dari anda, yang sedang membaca dan menyokong ini, tidak mustahil kesedaran ini boleh sampai ke seluruh Malaysia.

6. Inspirasi Untuk Kitar Semula

Aliran pemberian barangan pre-loved ini sangat bagus.

Item atau pakaian yang tidak lagi digunakan, anda boleh berikan kembali ke kedai tempatan yang mengambil barangan pre-loved ini dan menawarkan barangan lain yang boleh anda cari pula.

Perbuatan kitar semula bukan sahaja membolehkan kita merasa senang dengan tindakan kita, tetapi sekali lagi, ia dapat menyimpan wang dalam ekonomi tempatan dan menyokong gerakan hidup yang lebih mesra kepada alam.

7. Suasana Yang Kondusif

Di store Bandoru, anda akan merasai pengalaman berbelanja seperti butik pakaian yang eksklusif.

Tetapi yang lebih menyeronokkan ia dapat menghadirkan suasana yang santai, mesra dan hangat.

Interaksinya jauh lebih menyenangkan disebabkan oleh aliran pembeli yang bukannya terlalu high-end sehingga menyebabkan anda berasa janggal apabila ingin berbelanja.

8. Banyak Pakaian Berjenama

Jika anda seorang individu yang berfesyen kerana sebuah tag atau label, anda mungkin akan mendapati banyak pakaian berjenama yang ada disini.

Antara barangan jenama yang telah muncul di Bandoru adalah seperti LV, Prada, Channel, Gucci, Celine, Versace, Dolce&Gabbana, Tomy Hilfiger, Burberry, CK, Chloe, DKNY, Marc Jacobs, Lacoste, Levis dan banyak lagi!

Ini cara yang bagus untuk memenuhi keperluan bergaya anda sambil menjimatkan duit serta membantu alam sekitar menjadi lebih sihat.

9. Barangan Baru Menanti Setiap Bulan

Jika di Bandoru, setiap bulan kami akan melakukan EVENT WHITE DAY dimana hari white day ini bermaksud satu outlet akan disalin kesemua barangan yang ada di dalamnya kepada barangan yang baru!

Jika dalam outlet tersebut ada 5 ribu barang, apabila tiba hari white day.

5 ribu barang ini akan ditukar kepada barangan yang baru.

Jadi pemburuan untuk item unik itu sentiasa baru dan segar. Jika anda tidak mempunyai apa yang anda cari harini, peluang dalam beberapa hari akan datang mungkin hadir kepada anda. Sebab itu di Bandoru, kami ada banyak pelanggan yang kerap kali hadir kesini 🙂

Tapi semestinya, hari WHITE DAY tidak akan membuatkan anda kecewa.

elain daripada pengantian secara MAJOR untuk sesebuah outlet, setiap hari juga team Bandoru di Outlet akan membuat Minor Restock setiap kali rail-rail pakaian berkurangan.

Boleh dikatakan anda boleh jumpa pakaian baru setiap hari di Bandoru.

Satu Tahun Kelahiran Bandoru

Oleh kerana membeli-belah adalah bahagian penting dalam ekonomi kita yang dipasarkan oleh pengguna, memasuki dan membuat pilihan berbelanja di kedai Bandoru atau kedai pre-loved yang lain adalah salah satu cara terpenting untuk mempromosikan ekonomi, menyelamatkan alam sekitar, dan masih memuaskan keinginan anda untuk memiliki pakaian berjenama dan item yang unik.

Itulah antara 9 sebab kenapa barangan pre-loved item ini telah menjadi salah satu pilihan orang ramai harini.

Jika anda yang masih belum hadir ke Bandoru, kami menjemput anda untuk bersama-sama menyambut ONE YEAR ANNIVERSARY BANDORU yang pertama pada 4&5 November 2017.

Sempena sambutan satu tahun ini juga, team Bandoru membuat keputusan untuk menyambutnya selama sebulan! YA SEBULAN.

Apa yang menariknya, setiap minggu team Bandoru akan membuat event-event yang menarik untuk anda seperti Anniversary Sales (30% Discount), Mix & Match, Limited Time Offer, Appreciation Members dan Ultimate White Day!

Jangan lupa untuk SHARE artikel ini supaya rakan anda juga mengetahui info ini dan bersama-sama menyambut tahun kelahiran Bandoru Yang Pertama. Kami di Bandoru menunggu kehadiran anda.

Week 1 : Anniversary Sales 30% OFF (T&C APPLY)

Week 2 : Mix & Match Discount 15% OFF (T&C APPLY)

Week 3 : Limited Time Offer (T&C APPLY)


Week 4 : Appreciation Members (T&C APPLY)

Week 5 : Unlimited White Day (T&C APPLY)

Jangan lupa untuk Share artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda.

Bersama kita menyebarkan ilmu dan info ini kepada semua orang 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *