Ini Item Yang Anda Perlu Ada Jika Mahu Bergaya Seperti David Beckham

Siapa tidak kenal dengan David Beckham. Pemain lagenda Manchester United ini terkenal dengan aksi hebatnya di atas padang dan penampilan bergaya di mana sahaja beliau berada.

Boleh dikatakan apa yang dipakai oleh David Beckham pasti nampak sangat cool dan trendy.

David Beckham adalah peminat motosikal dan beliau sering kelihatan menunggang motosikal klasik dari jenama Triumph. Jadi gaya beliau kini lebih kepada gaya simple, clean dan macho.

Di sini saya berkongsi dengan anda item yang perlu ada dalam almari anda supaya anda dapat bergaya seperti David Beckham.

1. Plain Tshirt (hitam dan putih)

beck-bun-1

Ini item paling mudah untuk anda cari dan pakai setiap hari. Padankan dengan seluar jeans dan kasut, anda sudah sedia untuk keluar menyelesaikan tugasan anda.

2. Trucker cap

beck-bun-2

David Beckham adalah peminat setia trucker cap. Jika beliau tidak memakai beanie, beliau akan gayakan topi trucker. Beckham lebih gemar untuk menaiki motosikal jika beliau bersiar-siar.

Bila pakai helmet, rambut pasti akan tidak terurus. Jadi topi adalah jawapan untuk menutup rambut tidak terurus anda.

3. But Red Wings dan sneakers Adidas

beck-bun-3

Dua jenama ini adalah jenama kegemaran David Beckham. Seperti yang kita tahu, Adidas adalah penaja Beckham sejak beliau mula bermain bola sepak dan beliau adalah duta bagi jenama itu sehingga kini.

Dan semestinya beliau tidak akan memakai kasut sukan jenama lain selain adidas. Untuk but /Sayap Merah/ pula, beliau akan sarungkan ketika menunggang motosikal atau keluar bersiar-siar bersama keluarga.

4. Jaket kulit

beck-bun-4

Jika anda mahu jadi seperti David Beckham, anda perlu ada sekurang-kurangnya sehelai jaket kulit.

Beckham memang peminat jaket kulit dan beliau juga turut mempunyai koleksi khas bersama jenama terkemuka British, Belstaff yang terkenal dengan pembuatan jaket kulit yang berkualiti.

5. Kemeja plaids

beck-bun-5

Beckham juga sering mengenakan baju kemeja plaids dan dipadankan dengan baju plain tshirt. Secara tidak langsung, ia memberi warna kepada baju plain tshirt yang dipakai di sebelah dalam.

Jadi begitulah serba sedikit item wajib yang perlu ada dalam almari anda jika anda mahu kelihatan seperti David Beckham.

David Beckham sememangnya individu yang saya jadikan reference untuk bergaya. Jadi di mana untuk saya dapatkan semua item ini tanpa perlu berbelanja lebih?

Semestinya di Bandoru! Rasanya hampir setiap item di atas ada di Bandoru. Anda hanya perlu pilih mana yang berkenan di hati sahaja.

Bila dah bergaya seperti Beckham, barulah anda confident untuk mencari pasangan secantik Victoria Beckham. Ehem. All the best guys!