Berkelana Ke Negara Sejuk, 8 Kelengkapan Ini Perlu Ada Dalam Checklist Anda

Untuk rakyat Malaysia yang sudah lali dengan matahari panas lit lit, musim tengkujuh dan juga musim durian. Mesti ada antara anda yang nak rasa pengalaman duduk di negara sejuk, ataupun ada di antara anda yang mungkin dah pun beli tiket! Tengah nak prepare je

 

Tapi tahukah anda, bila kita pergi travel pada musim winter, sejuknya bukanlah sejuk yang nyaman. Kadang kadang ada yang sampai ke tulang sum sum!

 

Jadi penting untuk anda mempersiapkan diri, jangan underestimate iklim musim sejuk, ia bukan macam kita duduk depan peti ais masa kecik kecik dulu ya

 

Disini adalah antara senarai barangan yang diperlukan, penting ni

 

  1. Thermal Wear/Long John

 

Baju ini dipakai sebagai lapisan dalam untuk baju harian kita apabila mengembara di waktu winter, ia akan membuatkan anda kekal warm dan membuatkan suhu musim sejuk itu bearable buat anda

 

Kebanyak baju ini bersaiz tebal, anda boleh cari yang nipis di butik Uniqlo, anda cari yang ada tulis heattech

 

Kredit : Uniqlo.com

 

2. Muffler

 

Leher juga perlu dilindungi dari suhu yang sejuk, kerana boleh menyebabkan masalah pernafasan. Kalau boleh cari texture yang tak buat anda gatal pada kulit.

 

Jangan takut nak pakai sebab rimas, kang tak boleh nafas kat sana baru tahu!

 

 

3. Glove

 

Tangan anda bila kat negara sejuk adalah bahagian yang paling mudah merasa sejuk, dan kalau dah sejuk tu nak pegang barang pun dah terketar ketar.

 

Jadi anda kena cari glove yang boleh bagi anda rasa warm tapi at the same time kena cari yang ada sensitive touch, maksudnya yang boleh anda gunakan phone touchscreen tanpa bukak sarung tangan

 

Ini nampak kecil, tapi bila dah kat sana. Anda tak akan berani bukak sarung tangan, sejuk gila!

 

 

4. Stokin

 

Stokin ni ada dua kegunaan, pertama pakai waktu berjalan keluar dan kedua pakai untuk tidur.

 

Pengalaman admin sendiri, admin pernah degil pakai stoking yang nipis. Ha tak sampai separuh hari, kaki admin jadi kebas!

 

Jadi cari stokin yang diperbuat daripada wool, yang tebal tu. Nak jalan pun selesa, ingat tau, jangan underestimate penangan iklim musim sejuk ni

 

 

5. Winter boots

 

Kalau boleh, cari kasut yang anti-slip, sebab kalau anda pergi negara yang betul betul sejuk akan ada ais hasil dari lopak jalanan, kena hati-hati.

 

6. Krim losyen muka atau badan

 

Bila badan kita dah terbiasa dengan iklim panas ni, kulit kita akan cenderung untuk menggelupas.

 

Mungkin sebab sejuk kita akan terlupa untuk minum air ataupun ia akan disebabkan oleh angin sejuk.

 

Jadi bawak siap siap, pakai setiap kali nak keluar berjalan.

 

7. Lip Balm

 

Ini memang kena readykan, sebab bibir akan jadi kering dan sampai boleh luka. So untuk mengelakkan benda tu jadi, korang kena guna benda ni dengan kerap

 

8. Winter Jacket/Coat

 

Ha ini mestilah yang paling penting sekali, jadi kalau korang nak cari ni dan anda tak jumpa yang murah.

 

Bandoru ada penyelesaiannya, Baju winter di Bandoru cuma berharga RM40 – RM120 sahaja

 

Daripada jenis bubble, coat, jacket dan sebagainya.

 

Pada 24 Ogos dan 2 September ni Bandoru akan keluarkan koleksi baju sejuk sebanyak 8000 helai!

 

So anda semua ada pilihan yang banyak, paling penting sekali harga sangat berbaloi!

 

Tonton video ni untuk tahu lebih lanjut :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *