Caylerandsons Bawa Karekter Garfield Sebagai Ikon Streetwear Yang Baru

Untuk season ini, jenama streetwear yang berpangkalan di Munich iaitu Caylerandsons menggunakan watak Garfield yang ikonik untuk tawaran terbaru rekaan mereka pada musim ini.

Kucing comel ini pada asasnya di tonjolkan semula dengan watak hip-hop dengan pemakaian streetwear kerana kucing ini ditunjukkan dengan pemakaian baju sweatshirt yang besar.

Ditambah lagi dengan pemakaian kasut sneakers dan mockup Supreme Gear untuk buatkan Garfield tu kelihatan sangat DOPE !

Koleksi Cylerandsons bersama watak Garfield ini merangkumi kualiti premium tshirt, hoodies, topi, dan beanies serta kepingan denim terpilih, masing-masing dihiasi dengan watak Garfield yang baru dibawa kedalam budaya streetwear.

Seluruh koleksi Garfield x Caylerandsons kini boleh didapati di kedai dan secara online di seluruh dunia. Boleh shopping kat website diaorang sekarang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *