10 Fakta Menarik Mengenai Gucci Untuk Anda

Ini merupakan beberapa fakta menarik mengenai Gucci yang mungkin ia boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk kita semua.

Siapa tidak kenal dengan jenama mewah iaitu Gucci yang sangat  terkenal di seluruh komuniti fesyen, tetapi ramai orang yang memiliki produk Gucci tidak mengenali dengan lelaki di latar belakang jenama besar ini.

Gucci mungkin menjadi perkataan berorientasikan fesyen pertama yang anda dengar ketika anda masih muda, tetapi adakah anda tahu kisah sebenar di belakang The G’s?

Ini adalah fakta menarik mengenai Gucci

Salah sebuah jenama legenda dalam industri fesyen :

1. Logo double G sebenarnya nama pencipta jenama tersebut iaitu, Guccio Gucci. Dia bermula sebagai seorang pencipta bagasi. Guccio Gucci dilahirkan pada tahun 1881, di Florence, Itali.

2. Gucci telah membuka kedai pertamanya di Manhattan pada tahun 1953, ia adalah kedai barangan mewah pertama di Amerika Syarikat.

3. Gucci mengkhususkan produknya kepada barangan kulit, dan dengan cepat mereka membina reputasi dengan meningkatkan tahap kualiti barangan yang mereka hasilkan.

Gucci mencari pekerja dan tukang mahir untuk bekerja di kedainya. Ini adalah bagaimana House of Gucci diasaskan.

4. Semasa tahun 1930-an, Gucci menjadi inspirasi oleh perlumbaan kuda, hobi yang popular suatu ketika dulu, dan dari situ, mereka mula merekabentuk perkakasan untuk barang-barang kulitnya untuk menyerupai bit kuda dan stirrups.

5. Pada tahun 1932, Gucci mencipta kasut loafer dengan snaffle berlapis emas. Sehingga kini, kasut ini adalah satu-satunya kasut yang dipamerkan di Muzium Seni Moden New York.

6. Pada tahun 1947, Gucci memperkenalkan pula beg ikonik yang pertama, iaitu “Beg Buluh”, yang menyerupai buluh pemegang.

7. Guccio dan isterinya, Aida Calvelli mempunyai keluarga yang besar, pasangan ini memiliki enam orang anak, 4 orang anak lelaki mereka – Aldo, Ugo, Vasco, dan Rodolfo – kemudiannya memainkan peranan dalam memimpin syarikat ini ke arah populariti.

Selepas kematian Guccio pada tahun 1953, Aldo, bersama adik beradiknya, mengambil alih dan membantu mempromosikan syarikat itu di ke peringkat antarabangsa, kemudian mereka membuka butik di London, Paris dan New York.

8. Pada awal tahun 90-an, imej Gucci terancam apabila barang-barang tiruan untuk jenama Gucci mula muncul di merata tempat.

Untuk memulihkan imej mewah syarikat itu, syarikat itu melantik seorang pereka daripada Amerika, Tom Ford sebagai Pengarah Artistik pada tahun 1994, kedudukannya hingga tahun 2005.

Ford banyak dikreditkan dengan mengubah jenama Gucci menjadi lebih luar biasa.

9. Pada tahun 1998, Gucci “Genius Jeans” masuk ke dalam Guinness Book of World Records sebagai seluar jeans yang paling mahal di dunia. ia dijual dengan harga $ 3, 135 di Milan.

10. Jenama Gucci melibatkan lebih daripada sekadar sebagai sebuah rumah fesyen sahaja, Kering , syarikat induk kepada Gucci, adalah gabungan daripada koleksi pereka yang mengkhususkan dalam retail untuk fesyen mewah yang eksklusif.

Rakan kongsi dibawah Kering Group termasuklah Gucci, Bottega Veneta, dan Yves Saint Laurent, serta Sergio Rossi, Stella McCartney dan Alexander McQueen – lihat bertapa besarnya kelab fesyen ini.

11. Hari ini, Gucci dikendalikan oleh Marco Bizzarri, Ketua Pegawai Eksekutif Gucci, dan reka bentuk oleh Alessandro Michele, Pengarah Kreatif.

Dapatkan Barangan Gucci di Bandoru Online Store dan berbelanja dengan 20% Diskaun !
(Sah Sehingga 31Okt2017)

88-Gucci-Necklace-02
Gucci Necklace

3-GUCCI-WATCH-01
Gucci Two Tone Watch

83-Gucci-Keychain-01

Gucci Key Chain

70-Gucci-Wallet-01

Gucci Wallet

67-Gucci-Wallet-01

Gucci Wallet

Gucci Bucket Cap

12-GUCCI-NECKLACE-01

Gucci Necklace

Gucci Key Chain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *