Filem Ini Adalah Filem Travel Terbaik Yang Tak Ramai Orang Pernah Tonton

Antara Filem Travel Terbaik Yang Pernah Dihasilkan

The Secret Life Of Walter Mitty adalah salah satu filem travel terbaik tapi tak ramai yang tahu, Filem ini diarahkan oleh Ben Stiller, dan dia juga adalah pelakon utama untuk filem ini!

 

Cinematography dalam filem ini memang superb! Dia buatkan penonton rasa nak kemas bag dan cabut pergi travel, banyak tempat tempat yang mempunyai breathtaking view berjaya di potray kan dengan sangat baik dalam filem ini

 

Filem ini, menceritakan tentang seorang lelaki yang kehidupannya melalui fasa average & dull terlalu lama, dia bekerja sebagai Pengurus Negatif Film di majalah Life.

 

Selepas kematian ayahnya, dia bertukar daripada seorang remaja yang bercita-cita tinggi dan adventurous kepada seorang yang boleh dikatakan, putus asa dan dia develop habit kuat berangan, tapi tak berani nak buat apa apa keputusan penting dalam hidup.

Majalah Life mengalami perubahan ke pada majalah atas talian, dan mereka nak terbitkan majalah cetak yang terakhir, tetapi gambar yang sepatutnya menjadi cover page isu terakhir majalah tersebut telah ‘hilang’ dari jagaannya

 

Gambar itu sepatutnya dihantar oleh Sean, jurugambar travel untuk majalah Life. Sean ni punya legend, dia dianggap mitos oleh sesetengah orang sebab takde seorang pun dalam syarikat life itu pernah berjumpa dengan dia, dan Sean memang adventurous gila dan dia juga ada lifestyle ‘orang lama’ jadi sangat sukar untuk menjejak sean.

Titik Permulaan Dalam Hidup Walter

Disini lah bermula, titik perubahan dalam hidup Walter Mitty, dia pergi ‘memburu’ Sean kat iceland, himalaya, tibet dan lain lain!

 

Dan disitulah banyak perkara yang dia belajar tentang kehidupan.

Memang best! Dan paling best sekali pada penghujung cerita, gambar cover page untuk isu terakhir majalah cetak life adalah gambar yang kita sebagai penonton tak akan expect, rasa nak menangis pun ada.

 

Nak tahu gambar tu gambar apa, korang kena tengok sendiri!

 

So kat sini, admin selitkan sekali sedutan-sedutan dalam filem tersebut dan lokasinya sekali, mana la tahu ada antara korang terus nak beli tiket huhu

 

Scene berbasikal di Iceland :

 

Penggambaran scene ini dibuat di Grundarfjörður di Semenanjung barat Iceland,Snæfellsnes. Banyak spot yang best kat kawasan ni.

 

Nak pergi ke sini akan ambil masa 2 jam daripada Reykjavik menggunakan kereta.

Scene lompat ke Helikopter :

 

Penggambara scene ini pulak dilakukan di Stykkishólmur, disebuah bandar di bahagian barat Iceland.

 

Untuk ke Stykkishólmur dari Reykjavík akan mengambil masa selama 2 jam

 

Scene Longboarding :

 

Scene dimana Walter Mitty buat tukaran dengan budak kecik untuk dapatkan longboard, dan dia gunakan untuk meluncur di tengah tengah Seyðisfjarðarvegur, scene antara scene yang ada breathtaking view


Seyðisfjörður adalah 670 kilometer daripada Reykjavík.

Himalayas dan Afghanistan

 

Penggambaran ini pula dilakukan di Vatnajökull, berdekatan dengan National Park, Glacier Terbesar Eropah!

 

 

So dah ready nak pergi travel ke tu ?

 

Kalau dah ready, korang boleh singgah di Bandoru 24 August & 2 September ni, ada lebih 8000 helai pada 10 hari tersebut, harga bermula dari RM 40 – RM 120 je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *