Ini Koleksi Bahagian II Supreme X TNF Yang Telah Dilancarkan

Selepas beberapa keluaran bahagian pertama kolaborasi antara  Supreme x The North Face oktober lalu, kali ini mereka muncul pula untuk koleksi bahagian kedua dari Supreme x The North Face FW17 akan telah dikeluarkan pada 30 November 2017 yang lalu.

Koleksi FW17 siri kedua ini terdiri daripada Baltoro Jacket, Mountain Parka, Crewneck Sweatshirt, T-shirt lengan pendek, 6-Panel Hat, Nuptse Blanket dan Backpack Expedition.

Semua jenis item dalam koleksi ini mempunyai grafik gunung bersalji dalam gaya musim sejuk yang sebenar, serta rekaan kedua-dua jenama dicorakkan sekali di dalam rekaan ini.

Untuk koleksi yang dihiglightkan untuk kerjasama untuk koleksi FW17 bahagia kedua ini adalah jaket Baltoro, yang mempunyai 700 fill down insulation, hood yang boleh dibungkus dan dibuat menggunakan nylon kalis air.

The Mountain Parka pula mengeluarkan kualiti item yang kalis air, pembinaan seam-sealed nylon sepenuhnya, manakala Nuptse Blanket juga telah mengisi 700 penebat dan dibina dengan nylon kalis air.

Untuk koleksi pakaian Backpacker Ekspedisi pula terdiri daripada 600D nylon upper dan 840D nylon bottom dengan tali yang boleh laras.

Supreme x The North Face bahagian dua ini akan tersedia di kedai New York, Brooklyn, London, dan Paris pada 30 November, serta dalam talian. Untuk Negara Jepun pula ia telah dikeluarkan pada 2 Disember 2017 yang lalu.

Ini koleksi penuh untuk bahagian dua kerjasama daripada mereka :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *