Ini Koleksi Palace Ultimo Untuk Fall/Winter 2017

Akhirnya Palace antara jenama streetwear yang meningkat naik sudah mengeluarkan set koleksi ada Fall/Winter 2017 Ultimo.

Diisi dengan kombinasi sentuhan sub-culture yang sebenar dan stail, kemunculan kapsul ini termasuk parka, tracksuit, seluar, kemeja, tshirt,  topi, snowcap,  pushbag, tali pinggan dan beberapa aksesori yang telah dikeluarkan.

Koleksi “Ultimo” juga mempunyai beberapa kolaborasi dan kerjasama yang diterajui oleh Palace dengan Ark Air yang dipengaruhi corak tentera untuk beberapa barangan termasuk jaket penerbangan, jaket tentera, dan seluar kargo.

Koleksi kerjasama lain antara Palace dengan jenama lain termasuklah dengan jaket GORE-TEX dan edisi khas Adidas Tango bola sepak.

Beberapa koleksi yang bukan kolaborasi utama termasuk P-3B Parka, tracksuit Polar, dan T-shirt grafik “Trim”. Koleksi ini duduk bersama aksesori seperti case laptop, selendang Princess Diana dan pelbagai perhiasan yang lain.

Palace Ultimo Collection telah pun dikeluarkan pada NOVEMBER 24 tempoh hari.

Ini antara rupa sebenar koleksi yang dikeluarkan bagi koleksi Palace Fall/Winter 2017 Ultimo :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *