Ini Sebab Kenapa Budaya Streetwear Sangat Obses Dengan Anime

Jika anda seorang yang mengikuti perkembangan streetwear culture, diantara budaya yang terkenal di dalam pembawakan budaya ini adalah pembawakan unsur Anime. Post kali ini admin ingin kongsi sebab kenapa budaya streetwear sangat obses dengan Anime.

Sebelum itu..

 

Apa itu anime?

 

Anime merupakan sebuah film animasi daripada Jepun yang bukan sahaja untuk kanak-kanak bahkan untuk golongan dewasa juga.

Baru-baru ini ada berita rasmi yang dikeluarkan oleh seorang artis di belakang manga Akira yang terkenal akan mendapat sentuhan kerjasama bersama SUPREME iaitu Katsuhiro Otomo.

Katsuhiro Otomo bekerjasama dengan label SUPREME untuk beberapa siri seperti baju, hoodies, dan seramik.

Idea kerjasama ini sememangnya masuk akal, walaupun produk akhir akan menerima reaksi yang bercampur dari kedua-dua peminat jenama ini iaitu Akira dan Supreme. Masing-masing akan melihat dari sudut perspektif yang berbeza.

 

Nostalgia Anime Zaman Kecil

 

Pasti bagi anda yang lahir pada tahun 80an/90an pasti akan pernah lalui zaman menonton siri anime di televisyen satu ketika dulu. Memang sejarahnya sangat nostalgia bila di ingat kembali. Admin pun salah seorang daripada yang terjebak dengan dunia Anime ni.

Tetapi kesannya yang boleh dilihat adalah apabila kanak-kanak ini berkembang menjadi remaja dan dewasa, imej Anime itu sudah tertanam dalam subculture kita semua, tetapi kali ini dibawa dengan perjalanan yang lebih kearah rebel.

Nampak tak? Tanam dari kecil. Untungnya pada masa hadapan. Ini semua budaya yang kita terima tanpa kita sedar sejak dari kecil.

Berbalik kepada bisnes, ini bukan kali pertama Supreme telah bekerjasama dengan artis manga Jepun.

Pada tahun lepas, Supreme telah bekerjasama dengan Toshio Maeda, yang dikreditkan sebagai pioneer dalam hentai-iaitu, porno versi anime. Antara koleksi yang dikeluarkan adalah Tshirt yang mempunyai lukisan anime gambar lucah diletakkan di tengah-tengah baju sebagai rekaan baju tersebut.

Jika anda lihat, budaya ini juga telah dibawa oleh Malcolm McLaren (seorang musician) dan Vivenne Westwood mengembalikan semula ikon zaman kanak-kanak seperti Mickey Mouse tahun 70-an.

Watak-watak anime mula menjadi inspirasi kepada jenama streetwear dan yang jenama street yang kearah lifestyle skate.

Tahun 90-an dan awal 2000 menyaksikan anime telah menjadi lebih mainstream di Amerika. Tidak lama kemudian, seluruh program Cartoon Network telah mendedikasikan untuk anime, dan semakin banyak lagi siri yang dikeluarkan untuk penonton di Amerika.

Contoh yang kita boleh lihat seperti episod siri selama beberapa dekad Mobile Suit Gundam, dan mula Dragon Ball Z dan Sailor Moon dan Pokémon. Tipu kalau anda yang lahir tahun 80-90an tidak menonton anime ini!

Untuk siri yang lebih baru selepas itu, wujud pulak siri seperti Full Metal Alchemist, One Piece dan Naruto keluar, siri ini mereka berikan kepada penonton Amerika  dengan siri cerita yang lebih cepat daripada anime terdahulunya.

Budaya anime di Amerika mula merebak untuk mempunyai peminat-peminat tegarnya yang tersendiri. Orang Jepun gelar mereka sebagai OTAKU (Harcore fans of Anime).

Lepas ni jumpa membe gila Anime, panggil dia “OTAKU” Haha

Jadi, secara semula jadi, anak-anak yang membesar pada zaman ini yang menonton Anime telah mengenali rujukan ini apabila mereka sudah membesar harini.

Sebab itu, apabila streetwear kolaborasi dengan Manga Anime, ia mendapat sambutan yang sangat hangat walaupun pakaian itu untuk orang dewasa!

Itu baru cerita mengenai siri cerita, tidak masuk lagi mengenai  budaya anime diterapkan di dalam permainan video seperti Street Fighter dan Final Fantasy, yang identiti visualnya juga mudah diterjemahkan ke streetwear.

Satu jenama untuk berjaya menggabungkan jenama permainan video yang mantap ini ke dalam reka bentuknya adalah Triumvir yang melepaskan item streetwear yang diliputi watak-watak yang paling ikon dalam watak di dalam Street Fighter.

Antara sekarang jenama yang telah terkenal berkolaborasi bersama Anime bukan Supreme sahaja, Prada juga adalah salah satu peneraju awal yang membawa watak anime dalam bidang fesyen bermula pada tahun 2007 untuk film Jepun Applesed Ex Machina.

 

Jenama Mewah Mula Lakukan Kerjasama Bersama Anime

 

Menjelang 2016, lebih banyak jenama mewah telah mula membuat tindakan ke arah ini.

Louis Vuitton juga telah mendaftarkan Square Enix untuk lesen Lightning, watak yang direka oleh Isamu Kamikuryo untuk Final Fantasy XIII, untuk membintangi kempen Spring / Summer 2016 mereka.

Lightning adalah avatar sempurna untuk wanita global, heroik untuk dunia di mana rangkaian sosial dan komunikasi kini telah sebati dengan kehidupan dunia hari ini.

Tetapi secara semulajadi, gabungan kerja streetwear dan anime sangat baik kerana kedua-dua budaya ini sangat bergantung pada mewujudkan bahasa visual yang sangat kuat.

Oleh itu, apabila mana-mana jenama yang ada di dunia ini apabila menggabungkan kedua-duanya bersama, ia mesti mampu mewujudkan sinergi di situ.

Barisan T-shirt Uniqlo (yang pengarah kreatifnya diarahkan oleh Nigo, Founder A Bathing Ape) sering kali merangkumi siri anime, termasuk perkongsian mereka dengan One Piece untuk ulang tahun ke-20 Uniqlo.

Dan tidak lupa juga Billionaire Boys Club (Pharell & Nigo as Founder) bekerjasama dengan Dragon Ball Z untuk koleksi baju dan topi untuk memperingati ulang tahun ke-30 pada tahun 2016.

Sebagai konklusi kepada post ini ialah anime dan streetwear kedua-dua mempunyai satu benda yang sama iaitu komuniti yang sangat aktif dan dipenuhi dengan peminat yang sangat passion keatasnya atau dipanggil sebagai peminat tegar.

Tetapi itulah cara yang dibawa, mereka tanam budaya ini secara kita tidak sedar dari kecil. Bukan di Amerika sahaja, di Malaysia juga sangat terkenal dengan budaya Anime ini.

Tidak salah untuk minat perkara-perkara ini. Cuma perlu ada batasan dan jati diri supaya tidak terjerumus kepada pembawakan ideologi yang tidak sepatutnya dijadikan sebagai pengantian jati diri sebagai orang yang berbudaya di Malaysia.

Sekian. #donenasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *