Jaket Kulit Schott ‘Perfecto’ Pelengkap Gaya Nakal Anda

Salah satu jaket yang wajib ada dalam wardrobe anda adalah jaket kulit. Boleh dikatakan jaket kulit sesuai dipadankan dengan apa-apa gaya sekalipun dan gayanya timeless dan sentiasa in dalam dunia fesyen.

Jaket kulit mula mendapat tempat di hati peminat fesyen sejak tahun 1950an lagi. Jenama dan model paling ikonik sekali semestinya Schott ‘Perfecto’.

Perfecto adalah ‘raja’ antara semua jaket kulit. Perfecto pada awalnya adalah jaket untuk motosikal. Tetapi jaket Perfecto jenama Schott ini kemudiannya menjadi pilihan artis Hollywood termasuk Marlon Brando (dipakai ketika filem The Wild One), James Dean, Arnold Scwarzenegger (filem Terminator) dan ramai lagi.

Jaket ini memang sangat sinonim dengan culture permotoran di seluruh dunia.

perfecto-yeah

schott6-23

Jaket Schott ini kemudiannya menjadi pilihan pemuzik ponk rockers sekitar tahun 1970an seperti The Ramones dan S*x Pistols sentiasa menggayakan jaket ini di atas pentas ketika beraksi.

Kalau artis Malaysia, Akim Ahmad antara artis yang kerap menggayakan jaket Perfecto ini.

Schott Perfecto kemudiannya menjadi salah satu jaket ‘wajib’ untuk para rockers kerana apabila memakainya, secara automatik terpancar imej bad boy mereka di atas pentas.

 

ro

Populariti Schott ini juga turut menarik perhatian jenama besar dalam industri fesyen seperti Supreme, Obey, Jean Paul Gaultier, Fragment Design dan banyak lagi.

Rekaan jaket Perfecto yang unik dan hampir tailored fit ini sentiasa mendapat tempat di hati penggemar fesyen, tambahan lagi ianya sesuai digayakan dengan apa-apa outfit sekalipun.

Jaket ini bukan dikhaskan untuk pemuzik, rider motosikal kuasa tinggi dan pelakon sahaja. Anda juga boleh gayakannya! Cuma jaket ini agak berat kerana ia menggunakan 100% kulit lembu asli dan perlu masa untuk anda biasakan diri memakainya.

Bagaimana jika para gadis ingin menggayakan jaket ini? Tiada masalah kerana jaket ini juga hadir dengan saiz wanita! Cuma agak payah untuk dapat jenama Schott dalam saiz wanita.

Tetapi banyak juga jenama seperti MNG, Forever 21 yang mengeluarkan jaket gaya Perfecto. Cuma ianya tidak menggunakan kulit yang asli.

 

look-p-2

look-p3

look-p-g

Harga pasarannya pulak? Lebih kurang RM2,000 untuk sehelai yang baharu. Memang mahal sebab ianya sangat kualiti.

Anda beli satu dan jaket ini akan tahan sepanjang hidup anda. Tetapi anda juga boleh dapatkannya di bundle jika bernasib baik.

Harganya dalam linkungan RM300-RM600 bergantung kepada jenis model dan condition jaket berkenaan. Anda boleh jumpa banyak jaket Schott di Klumby KL, terletak di Bandar Tasik Permaisuri.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan sehelai jaket ini dan anda akan terus handsome, cantik dan bergaya apabila menyarungnya.