Jeans Rivet, Kenapa Ia Sangat Penting Untuk Seluar Jeans ?

Perasan tak pada seluar jeans yang anda pakai sekarang ni tak kiralah apa jenama sekalipun pastu terdapat butang besi yang kita kenali senbagai rivet. Namun pernah tak anda terfikir apakah fungsi sebenar rivet ini ada seluar jeans anda ?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk pengetahuan anda fungsi sebenar rivet ini adalah untuk menguatkan lagi ikatan kain antara satu dengan yang lain, Menajdikan mereka menjadi satu ikatan yang sah dan membuatkan jeans anda lebih tahan lama.

Akan tetapi apa yang menariknya, rivet inilah menjadi salah satu sebab utama terciptanya apa yang kita panggil sebagai ‘jeans’ hari ini.

Kisahnya bermula pada 1870-an yang mana pada ketika itu kebanyakan pekerja buruh mengalami masalah yang sama apabila seluar mereka kerap sangat terkoyak akibat pekerjaan yang terlampau berat.

Disebabkan itu, isteri-isteri bagi pekerja-pekerja buruh ini mencari Jacob Davis, seorang tukang jahit dan bertanyakan mungkinkah beliau boleh membuat satu jenis seluar denim kerja yang mampu bertahan lama dan dalam masa yang sama tak mudah terlerai jahitannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Beliau akhirnya ‘come out’ dengan idea untuk meletakkan rivet pada bahagian-bahagian yang memerlukan lebih pengukuhan seperti di bahagian penjuru poket dan pada penjuru-penjuru yang lain.

Rivet inilah akhirnya menjadikan fabrik tersebut bercamtum bersama yang mana akan menyebabkan risiko cepat koyak berkurangan.

Sekelip mata sahaja kain yang di ‘rivet’ ini menjadi pilihan buat pekerja buruh. Untuk mengembangkan lagi bisness ini Davis memerlukan bisness partner lalau menghubungi Levis Strauss yang pada ketika itu pembekal barangan fabrik.

Mereka berdua inilah memulakan perkembangan jeans ini dan akhirnya dipatternkan pada 1873 .Jeans ber’rivet’ terus menjadi fenomena ketika itu dan sehinggalah ke hari ini apa yang kita pakai dan berrivet kita gelarkan sebagai jeans

Jom Komen...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *