5 Sebab Kenapa Beg Louis Vuitton (LV) Mahal

Wanita dan beg tangan memang sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Ianya amat berguna bukan hanya sebagai tempat menyimpan barangan kosmetik bahkan juga sebagai ‘pelengkap’ bagi melengkapi style dan pemakaian semasa wanita.

Jika dilihat hari ini ramai juga  dikalangan wanita amat gemarkan untuk menggunakan beg tangan yang berjenama. Siapa tak kenal kalau kita sebut sahaja brand seperti Chanel, Hermes mahupun Gucci.

Tak ketinggalan juga salah satu yang turut menjadi kegilaan ramai iaitu beg tangan Louis Vuitton (LV). Namun untuk beg LV ini kami di Bandoru ingin mengupas apa sebab yang menyebabkan beg-beg ini terlalu mahal.

Antara sebab yang menjadikan harga beg LV ini mahal berbanding beg-beg yang lain adalah seperti berikut :

1) Bahan pembuatannya terdiri daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan ada antaranya sukar didapati.

2) Sejumlah besar kos adalah digunakan untuk majlis pelancaran dan pemasaran produk baru seperti menggunakan personaliti terkenal sebagai salah satu strategi pemasaran.

3) Kebanyakannya beg-beg ini tidak dibuat hanya di satu kilang pembuatan sahaja. Kemungkinan ada pemasangan dilakukan ditempat lain membuatkan kos meningkat dari segi kos penghantaran dan kastam.

4) Tidak semua gaya dan reka bentuk diimport dan itulah sebabnya anda dapat menemui beberapa produk mereka pada harga yang lebih “murah”.

5) Kebanyakan beg mereka dibuat secara “handmade” dan direka kalis air untuk memberi anda kualiti yang terbaik dan berbaloi dengan apa yang anda laburkan.

 

Artis antarabangsa yang turut menggayakan beg LV mengikut ‘stail’ sendiri

Jadi berbaloikah untuk anda membeli beg LV seperti ini ?

Pada kami terpulang kepada kehendak dan citarasa. Ada yang sanggup berhabis puluh ribu untuk mendapatkan setuas beg tangan mewah seperti ini.

Tepuk dada tanya selera. Jika anda tanya kepada kami di Bandoru juga ada menyediakan seleksi beg-beg tangan preloved termasuk yang berjenama.

Apa yang pasti beg-beg tangan di Bandoru kami pastikan ianya ORIGINAL, BERKUALITI pada harga MAMPU MILIK !!!

Jom kita ke Bandoru HARI INI !!

Jom Komen...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *