Kenapa Nike Air Jordan ini di “BANNED” oleh NBA ?

Kenapa Nike Air Jordan ini di “BANNED” oleh NBA ?

Kenapa Nike Air Jordan ini di “BANNED” oleh NBA ?

Buat pembaca blog Bandoru dan peminat-peminat kasut, pernah tak anda mendengar suatu ketika dulu mengenai kisah berkenaan kasut Nike Air Jordan 1 yang diharamkan atau di ‘banned’ ini ? Ya kasut ini telah diharamkan. Cerita ini berlaku lebih dari 30 tahun yang lalu. Sebab apa? Cerita yang jelas mengenai pengharaman tersebut sebenarnya masih lagi belum betul-betul jelas  dan menjadi satu misteri sehingga kini. Namun apa yang pasti terdapat khabar yang mengatakan ini adalah disebabkan oleh peraturan di NBA (Nasional Basketball Assosiation) di Amerika itu sendiri

video “banned” Nike Air Jordan 1

 Mengikut peraturan di NBA, Michael Jordan telah dikenakan denda, $ 5,000 untuk setiap permainan jika beliau memakai sepasang Nike merah dan hitam, iaitu kasut yang “Diharamkan” Air Jordan 1  ini. Mengikut peraturan “keseragaman peraturan seragam” yang ditetapkan oleh NBA ada  klausa yang jelas menyatakan seperti berikut:

A player must wear shoes that not only matched their uniforms, but matched the shoes worn by their teammates.

Dalam kata lain dari atas kepala sampai ke bawah warna kesergaman haruslah sama untuk setiap ahli pasukan pada ketika itu dan warna kasut merah hitam yang diperkenalkan oleh Nike pada ketika itu seakan-akan ‘mengingkari’ peraturan tersebut, namun dikhabarkan lagenda Michael Jordan tetap memakai kasut tersebut dan setiap ‘denda’ yang dikenakan dibayar sendiri oleh Nike.

Michael Jordan dilihat berlatih juga menggunakan kasut yang sama

Sebanyak mana pemakaian kasut ini dalam perlawanan masih lagi tidak jelas. Adakah ini salah satu teknik pemasaran nike masih juga menjadi topik perbualan. Namun ini adalah satu topik yang menarik untuk kita bincangkan sehingga kini.

Surat banned dari NBA

Sementara itu jika anda nak bergaya dengan kasut-kasut rare, tak kiralah jenama nike ataupun jenama lain sudilah kiranya ke Bandoru.Kami ada pelbagai jenama. Jom ke Bandoru hari ini!!

Jom Komen...

Leave a comment

Bestnya Artikel ni! Nak Share, Nak Share...