Koleksi Terakhir Adidas By Mini Rodini Mengetengahkan Warna Cerah Untuk Koleksi Kanak-Kanak

Satu kolaborasi yang sangat baik yang telah dilakukan oleh Adidas pada tahun ini. Adidas telah membuat kerjasama bersama jenama pakaian kanak-kanak dari Swedish iaitu Mini Rodini. Untuk koleksi terakhir daripada kolaborasi ini ataupun “The Fifth Collection” akan dikeluarkan pada hari ESOK!

5 Oktober 2017 ! Online dan In Store akan dibuka pada pukul 10.00 Pagi (CET),

Ia terdiri daripada tracksuit, one-tshirt, one hoddie set, one padded vest dan one beanie dan tambahan untuk aksesori kepada sneaker.

Koleksi dan pakaian ini boleh didapati untuk saiz kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun. Untuk pakaian size nya daripada 62-116 dan 19-27 untuk kasut.

Adidas Originals akan mula menjual koleksi ini pada hari esok di seluruh store seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi khidmat pelanggan adidas.

adidas-originals-mini-rodini

Kolaborasi Global Yang Unik

Bersama-sama dengan Adidas Originals, Mini Rodini telah merancang lima koleksi eksklusif yang dipenuhi dengan beberapa edisi terhad gaya ikon adidas Originals dengan design  cetak oleh Cassandra Rhodin, pengasas dan Pengarah Kreatif di Mini Rodini.

Koleksi pertama dilancarkan pada Disember, 2016, dan koleksi kelima dan terakhir akan memenuhi store adidas bermula pada 5 Oktober 2017!

100% Organik Cotton Dan Polyester Kitar Semula

– Mini Rodini benar-benar menanti-nantikan kerjasama ini. Adidas Originals sangat ikonik sebagai sebuah jenama. Saya telah memakai silhouettes asli sejak saya masih kecil lagi, kata Cassandra Rhodin, pengasas dan Pengarah Kreatif di Mini Rodini.

– Adidas Originals mencabar status quo mereka, keaslian adalah sumbernya. Ia tentang siapa yang membuatnya terlebih dahulu, di mana ia dilahirkan dan kreativiti itu adalah terasnya.

Tidak ada yang lebih sesuai untuk ini daripada Mini Rodini, ia adalah semula jadi untuk sesebuah identiti jenama Originals dan kami sangat teruja untuk bekerjasama pada koleksi yang khusus untuk kanak-kanak dan jejak yang mereka tinggalkan, kata Nic Galway, Pengarah Kreatif Adidas Originals and Style .

Faktor kemampanan dalam kolaborasi adalah penting untuk kedua-dua pihak Mini Rodini dan Adidas Originals. Oleh itu, semua pakaian ini diperbuat daripada 100% kapas organik dan poliester kitar semula. Kasut diperbuat daripada sebahagian bahan kitar semula.

– Bahan yang dipakai ini juga bertujuan untuk menjadikan manusia dan produk yang mesra alam lebih mudah diakses dan dipakai oleh seluruh dunia, Cassandra menambah.

Mengenai Mini Rodini

Mini Rodini telah diasaskan pada tahun 2006 oleh seorang Ilustrator iaitu Cassandra Rhodin sebagai salah satu sumbangan beliau untuk kanak-kanak dimana pemikiran mereka yang mengetengahkan tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini untuk dilakukan.

Harini Mini Rodini telah menjadi salah sebuah jenama kanak-kanak yang berkembang dengan pesat dan laju di Scandinavia.

Pakaian daripada Mini Rodini bukan sahaja seronok untuk dipakai oleh kanak-kanak tapi ia juga dihasilkan dengan rasa hormat yang tinggi kepada manusia dan alam sekitar di dalam pengeluaran setiap produk daripada kolaborasi ini.

Tidak lupa juga Mini Rodini telah membawa jenama yang paling mampan di dalam pasaran termasuklah item yang berasaskan kapas organik dan polyester kitar semula.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi terakhir adidas by mini rodini ini di seluruh store utama Adidas di seluruh Malaysia.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *