LV Pernah Mengarahkan Supreme Menarik Balik Koleksi ‘Deck’ Ini Atau Mereka Disaman

Jenama Supreme, tidak dapat disangkal lagi salah sebuah jenama ‘street’ yang berjaya duduk sebaris dengan jenama kelas atasan.

 

Tetapi tahukah anda, pada tahun 2000 Supreme pernah menghasilkan papan selaju yang berkonsepkan corak monogram LV yang mahsyur. ‘Placement’ corak tersebut pula adalah dibahagian bawah papan selaju tersebut.

 

Ada yang berpendapat, ianya dianggap satu simbol “pemberontakan” ke atas Jenama kelas atasan, dimana corak monogram mahsyur LV itu hanya akan di ‘scuff’ oleh para skaters dan ada juga yang berpendapat bahawa Supreme hanya mengikut trend ‘parody’ yang popular pada ketika itu.

 

LV bertindak balas dengan mengarahkan Supreme menarik balik kesemua koleksi yang pada ketika itu telah pun di pamerkan di kedai. Dengan serta merta kesemua stok papan selaju tersebut ditarik balik dan dihapuskan.

 

Namun, koleksi ini sempat dipamerkan selama 2 minggu. Jadi ada antara yang masih menyimpan koleksi yang rare ini.

 

Tambah menarik, 17 tahun selepas itu. Supreme dan LV secara rasmi berkolaborasi dalam menghasilkan koleksi mereka yang mengejutkan ramai pihak!

 

Secara automatik menambahkan nilai papan selaju asal yang pernah menimbulkan kontroversi 17 tahun lepas.

 

Nilai papan selaju ini dianggarkan bernilai RM54 000 sebuah. Dan ianya digelar antara “holy grail” dalam fesyen ‘streetwear’.

 

 

 

2 replies on “LV Pernah Mengarahkan Supreme Menarik Balik Koleksi ‘Deck’ Ini Atau Mereka Disaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *