Kenapa Nike Air Jordan Ini Di “BANNED” Oleh NBA ?

Buat pembaca blog Bandoru dan peminat-peminat kasut, pernah tak anda mendengar suatu ketika dulu mengenai kisah berkenaan kasut Nike Air Jordan 1 yang diharamkan atau di ‘banned’ ini ?

Ya kasut ini telah diharamkan. Cerita ini berlaku lebih dari 30 tahun yang lalu.

Sebab apa? Cerita yang jelas mengenai pengharaman tersebut sebenarnya masih lagi belum betul-betul jelas dan menjadi satu misteri sehingga kini.

Namun apa yang pasti terdapat khabar yang mengatakan ini adalah disebabkan oleh peraturan di NBA (Nasional Basketball Assosiation) di Amerika itu sendiri.

Mengikut peraturan di NBA, Michael Jordan telah dikenakan denda, $ 5,000 untuk setiap permainan jika beliau memakai sepasang Nike merah dan hitam, iaitu kasut yang “Diharamkan” Air Jordan 1 ini.

surat banned NBA

Surat banned Dari NBA

Mengikut peraturan “keseragaman peraturan seragam” yang ditetapkan oleh NBA ada klausa yang jelas menyatakan seperti berikut:

“A player must wear shoes that not only matched their uniforms, but matched the shoes worn by their teammates.”

Dalam kata lain dari atas kepala sampai ke bawah warna kesergaman haruslah sama untuk setiap ahli pasukan pada ketika itu dan warna kasut merah hitam yang diperkenalkan oleh Nike pada ketika itu seakan-akan ‘mengingkari’ peraturan tersebut,

Namun dikhabarkan lagenda Michael Jordan tetap memakai kasut tersebut dan setiap ‘denda’ yang dikenakan dibayar sendiri oleh Nike.

video “banned” Nike Air Jordan 1

Jom Komen...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *