Rekaan Custom Pakaian Kanak2 Supreme X Louis Vuitton Ini Memang Superb!

Kerjasama Supreme dengan Louis Vuitton adalah salah satu koleksi yang paling hyped sekali untuk keluaran baru-baru ini.

Memang bila melihat koleksi-koleksi yang dikeluarkan memang ramai orang yang menginginkannya tetapi tidak ramai yang mampu untuk mendapatkannya dan rasai di tangan sendiri.. Termasuklah admin yang menulis ni…

Tetapi koleksi antara kolaborasi Supreme dan LV ini telah dikritik ramai kerana tidak mesra kepada kanak-kanak.

Terima kasih kepada Elliot Griffis dan Dominic Chambrone – lebih dikenali sebagai The Surgeon Shoe – yang menghasilkan versi junior koleksi dengan mengecilkan dan kemudian mengolah semula pemilihan daripada denim.

Griffis menghasilkan jeans dan jaket manakala Chambrone menggunakan kemahirannya untuk mencipta topi denim. Semua denim yang digunakan untuk projek itu adalah daripada barangan original Supreme dan Louis Vuitton sendiri.

Koleksi itu dimodelkan oleh anak lelaki Chambrone, bagaimanapun, sangat tidak mungkin mana-mana potongan akan menemui jalan ke pasaran kerana ia merupakan rekaan yang custom.

Tapi apapun rekaan mereka berdua memang serius cantik untuk dipakai kanak-kanak.

Jangan lupa layari Bandoru Online Store untuk mendapatkan pakaian yang berjenama dan mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *