[VIDEO] Revolusi Pop-Up Store Dari Vetements X DHL Yang Sangat Menarik

Jika anda merupakan salah seorang yang mengikuti dunia fasyen ketika ini, jenama Vetements sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai. Lagi-lagi mengenai kolaborasi nya bersama DHL.

Tapi sebelum tu..

Perkara pertama yang anda kena tahu adalah : Vetements ini disebut macam ni : “VET-MAHN” bukan Vi-ta-men macam korang sebut sekarang. 

Dan sebenarnya bahasa ini merupakan bahasa Perancis yang bermaksud “pakaian.” Sangat mudah.

Mesti anda tertanya-tanya, siapakah sebenarnya di belakang Vetements. Individu di sebalik jenama ini ialah Gvasalia yang berusia 35tahun.

Latar belakang profesional Gvasalia ini termasuklah pernah menjadi Senior Designer untuk jenama mewah Louis Vuitton. Vetements ini sebenarnya sudah lama berada dalam industri fesyen semenjak 2014 lagi yang idea untuk dikomersialkan adalah daripada abangnya sendiri, Guram.

Kata Gvasalia mengenai tugas abang dia, “Apa yang saya takboleh buat, dia akan buat. Termasuklah dari segi jualan, strategi dan sebagainya.”

Okay, cukup sikit perkenalan mengenai Vetements untuk anda, tapi apa yang admin nak beritahu untuk post kali ini adalah Vetements telah took-over HongKong Kai Tak Cruise Terminal dengan membuat satu pop-up store yang serius cool dan fresh!

DHL menandatangani sebagai rakan kongsi rasmi untuk acara tersebut, dengan pekerja dan trak DHL yang bekerja untuk mengedarkan barangan bertemakan Switzerland, yang diwujudkan sebagai kelulusan untuk penempatan semula jenama ini dari Paris ke Zurich.

Sekiranya anda terlepas atau tidak menyedari mengenai kolaborasi ini, anda boleh tengok DHL sudah mengeluarkan video official untuk event yang diadakan ini di dalam Youtube Official mereka.

Acara itu melihat Vetements telah took over Terminal Kai Tak Cruise Hong Kong, dengan DHL sebagai rakan kongsi rasminya. Diilhami oleh penempatan semula jenama dari Paris ke Zurich, koleksi itu menampilkan pilihan memorabilia mugs (approx. $80 USD), dan keychains (approx. $25 USD). 

Bukan harga biasa-biasa ye. Boleh tahan mahal barangan yang dijual ketika pop-up ini diadakan.

Tapi apapun, serius pop-up macam ni memang cool gila. Nantikan Bandoru pula akan take over KLIA.

Bila? Tunggu dan lihat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *