Sejarah Converse ‘Chuck Taylor’ Dan Kenapa Sepatu Ini Perlu Ada Dalam Koleksi Anda

Sebut sahaja kasut Converse, majoriti pasti kenal sangat dengan model ikonik mereka, Chuck Taylor. Disebabkan ianya selesa dan mudah disarungkan, Converse Chuck Taylor sentiasa menjadi pilihan ramai.

Semuanya bermula apabila Converse Rubber Shoe Company ditubuhkan di Malden, Massachusetts oleh Marquis Mills Converse.

Pada tahun 1917, syarikat itu memperkenalkan kasut All Star yang diperbuat dari kain kanvas dan tapak getah. Ianya direka untuk pemain elit pemain bola keranjang ketika itu.

Pada 1921 pemain bola keranjang Charles ‘Chuck’ Taylor menyertai pasukan yang ditaja Converse, Converse All Star. Chuck kemudiannya menjadi jurujual dan membuat klinik bola keranjang di serata Amerika untuk Converse.

Kerana minatnya yang mendalam untuk sukan bola keranjang, beliau memberi idea untuk meletakkan logo ‘Converse’ pada bahagian dalam kasut untuk melindungi buku lali.

 

chuck-taylor

anatomi-chuck

[cp_modal display=”inline” id=”cp_id_dc6c9″][/cp_modal]

Populariti kasut All Star kemudiannya meningkat naik dan menjelang tahun 1960an, 90% pemain bola keranjang memakai kasut ini.

Lebih hebat apabila All Star mula dipakai di sukan Olimpik dan semasa Perang Dunia Ke-2, askar Amerika turut memakai kasut All Star ketika latihan.

Sebagai membalas jasa Charles yang telah menaikkan jenama Converse, nama Chuck Taylor diabadikan pada kasut All Star dan sehingga kini kasut model All Star ini dikenali sebagai Converse ‘Chuck Taylor’ All Star.

Disebabkan kasut Chuck Taylor ini selesa dan praktikal, ianya juga menjadi pilihan para rockers sebagai alternative untuk kasut boots Red Wings atau Dr. Martens mereka.

Antara band yang sentiasa memilih kasut Chuck Taylor adalah The Ramones, Nirvana, Led Zeppelin, Black Sabbath dan ramai lagi.

Menarik tentang kasut Chuck Taylor ini apabila dipakai oleh para rockers ini, lebih buruk kondisi Chuck Taylor, lebih ‘cun’ kasut itu di mata mereka.

Disebabkan itu kasut Chuck Taylor ini dipakai mereka sehingga rabak dan kadangkala mereka tampal duct tape pada lubang yang terdapat pada kasut mereka. Punyalah sayang dan nak nampak ranggi.

con-2

con-3

Kasut keluaran Converse Chuck Taylor adalah ‘Made In USA’ sehinggalah pada tahun 1990an, Converse mula memberi lesen untuk dibuat di luar Amerika.

Namun, pada tahun 2001, Converse terpaksa mengistiharkan syarikat mereka bankrap dan tiada lagi pengeluaran Kasut Converse Made In USA selepas itu. Pada tahun 2003, Nike membeli Converse dengan nilai USD305 juta.

Kini kasut Converse dibuat di kilang mereka yang berada di serata Asia; Vietnam, China dan Indonesia khususnya.

Begitulah serba sedikit kisah kasut Converse Chuck Taylor ini untuk pengetahuan anda. Jadi persoalannya, kenapa kasut ini perlu ada dalam koleksi anda?

Semestinya sebab ianya mudah dipadankan dengan mana-mana outfit yang anda pakai. Anda padankan dengan jeans kegemaran anda, bagi wanita boleh pakai dengan skirt, pakai bersama baju kurung dan banyak lagi.

The possibilities are endless! Kalau anda rasa tidak mahu belanjakan wang untuk yang baru, di Bandoru kita ada yang preloved. Boleh cuba sarung dan beli nanti ya?

cons