SUPREME Mengesahkan Penjualan Saham Minoriti Mereka Kepada Carlyle Group

Berita hangat ini telah tersebar dan ianya telah disahkan bahawa Supreme telah menjual saham minoriti dalam syarikat itu kepada Carlyle Group.

Istilah perjanjian yang tepat tidak dinyatakan kepada umum, tetapi iannya adalah pelaburan yang kecil berdasarkan kenyataan eksklusif daripada SUPREME Founder James Jebbia:

 

James-JabbiaJames Jabbia

 

“Kami adalah jenama yang semakin berkembang, dan untuk mengekalkan pertumbuhan, kami memilih untuk bekerjasama dengan Carlyle , yang mempunyai kepakaran operasi yang diperlukan untuk memastikan kami berada di landasan yang mantap sejak 1994.

Bekerja dengan Carlyle membolehkan kami menumpukan sesuatu yang hanya kami akan lakukannya yang terbaik dan dalam pada masa yang sama kami tetap mengawal jenama kami, seperti yang selalu kami miliki sebelum ini.”

Kumpulan Carlyle ini dijangka akan membantu mengembangkan perniagaan Supreme, dan boleh menjadi penggerak di sebalik perkembangan pesat label bebas ini dalam beberapa tahun sebelum ini.

Kemungkinan juga SUPREME cuba untuk bergerak ke hadapan dengan memasuki IPO menjadikan label tersebut sebagai sebuah syarikat yang boleh didagangkan secara umum.

Hanya satu hari selepas Supreme membuka kedai Flagship terbarunya di Brooklyn, penerbitan industri WWD telah membuat spekulasi bahawa jenama itu mungkin akan menutup perjanjian pelaburan dengan firma ekuiti persendirian The Carlyle Group.

Walaupun butirannya tidak mencukupi, dan kedua-dua syarikat enggan mengulas, pastinya tidak menghairankan bahawa Supreme cuba menarik perhatian dari firma kapital yang heavyweight.

Jenama ini terus berkembang menjadi salah satu jenama yang paling berpengaruh dan model perniagaannya yang unik menjadikan mereka semakin relevan pada saat kesemua retailers yang lain di seluruh dunia terkesan kehadiran e-dagang.

Kedai-kedai store yang lain menunjukkan penurunan yang tinggi secara mendedadak tetapi kedai-kedai Supreme mempunyai pelanggan yang sentiasa beratur di luar kedai setiap minggu dan kebanyakkan kes boleh dikatakan setiap hari!

Malah, kejayaan Supreme yang hebat adalah salah satu sebab jenama ini memilih untuk membuka kedai kedua di kampung halamannya di New York City.

Ini bukan kali pertama industri itu mempunyai khabar angin tentang potensi pembelian sahamnya. Awal tahun ini, khabar angin menyebarkan bahawa LVMH, syarikat induk yang memiliki Louis Vuitton juga telah dikhabar anginkan bahawa mereka akan membeli syarikat SUPREME dengan harga $ 500 juta.

LVMH kemudian menafikan khabar angin tersebut.

Kumpulan Carlyle adalah salah satu firma ekuiti swasta terbesar di dunia, dengan pendapatan lebih daripada $ 2 Billion dan portfolio aset bernilai $ 193 Billion. (Itu hanya di bawah KDNK Greece, dan lebih daripada keseluruhan Republik Czech).

Sememangnya Supreme sebuah jenama yang fenemona dimana ahli perniagaan yang lain boleh melihat dan belajar banyak perkara daripadanya.

Jangan lupa dapatkan barangan LV Limited daripada Bandoru Online Store :


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*This is Pre-loved item. Product is Limited to 1 Unit Only. We are practicing first come first serve basis.

Jom Komen...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *