Tips Membeli Barangan Vintage Atau Preloved Untuk Si Kecil

Barangan vintage dan preloved ini bukan hanya untuk orang dewasa sahaja. Ianya juga sesuai untuk dipakai oleh si kecil! Anda boleh lihat di laman Pinterest, ramai yang menggayakan anak kecil mereka dengan barangan vintage. Ada juga si kecil yang lebih bergaya dari orang dewasa. Kalah Wak Doyok!

Tanggapan baju vintage ini tidak sesuai untuk dipakai oleh anak kecil harus dibuang sama sekali. Malahan barangan preloved ini jauh lebih murah dari baju-baju yang ada di pasaran. Tak Percaya? Cuba anda ke kedai bundle atau preloved. Pasti anda akan excited dan borong sakan baju-baju di sana.

Di sini saya kongsi tips jika anda mahu membeli barangan preloved untuk si kecil:

1. Basuh dahulu pakaian sebelum pakai

kiddo-1
Rasanya kalau anda beli baju baru pun anda tetap kena basuh dahulu baju itu sebelum si kecil memakainya. Barulah anak anda harum dan bergaya!

2.Periksa baju berkenaan terlebih dahulu

kiddo-2

Periksa baju yang anda mahu beli. Sebab kadangkala mungkin anda koyak atau lubang kecil pada baju berkenaan. Kalau semua okay, baru anda membuat bayaran.

3.Cuba dahulu baru beli

kiddo-3

Saiz baju di kedai preloved biasanya limited dan untuk sesuatu design, mungkin hanya terdapat satu saiz sahaja. Rare bukan? Jadi kalau boleh bawa si kecil ikut sekali. Bila sudah cuba dan fitnya cantik, barulah beli.

Seronok baju vintage atau preloved ini adalah baju yang dijual tidak mempunyai dua rekaan atau saiz yang serupa dalam kedai tersebut.

Jadi, kalau si kecil anda pakai, dia sajalah yang akan pakai baju itu nanti! Best kan? Jadi dah tiba masa untuk anda dan si kecil berkecimpung dalam dunia preloved.

Boleh berjimat banyak sebenarnya jika memakai pakaian preloved ini. Anda boleh lihat gaya si kecil memakai barangan vintage dalam gambar-gambar di bawah. Selamat mencuba!

 

kid-1

kid-2

kid-3

kid-4

kid-6