Tommy Hilfiger Membawa Kembali Mood 90an Dengan Koleksi Jeans Tommy

Tommy Hilfiger, mengumumkan pelancaran koleksi Spring 2017 Tommy Jeans dari Hilfiger Denim.

Tommy Jeans mengulangi penampilan ikonik dari tahun 90-an dengan logo jenama yang digunakan secara terang sepanjang gaya dan rekaan lelaki dan wanita.

Kempen Tommy Jeans mempunyai model dan media sosial yang berpengaruh iaitu Lucky Blue Smith, Anwar Hadid, dan Sofia Richie.

“Kapsul Tommy Jeans adalah mengenai penggabungan gaya warisan dan ikonik kami dengan pengaruh budaya pop yang menarik,” kata Tommy Hilfiger.

 “Lucky Blue Smith, Anwar Hadid dan Sofia Richie mewakili semangat anak muda, semangat memberontak merupakan hati kepada kempen itu, dan membawa kelebihan baru kepada klasik denim yang ditawarkan dalam koleksi ini.

Tawaran terhad, Berbelanja di Bandoru Online Store Dengan Kupon Kod 20%

 

Melihat kembali era ini (90an) mengingatkan saya tentang beberapa kenangan yang luar biasa – dari kerjasama pertama kami dengan para pemuzik dan selebriti untuk teruskan dengan minat untuk meraikan budaya pop.”

Koleksi label kali ini membawa kombinasi warna merah, putih dan biru dengan sentuhan warna hijau dan kuning.

Tidak lupa juga dengan keluaran aksesori seperti backpacks, cross-body bags, topi, ikat kepala.

Untuk pakaian mereka telah mengeluarkan jacket, denim, tshirt, hoodies dan crewnecks.

Ini Koleksi penuh untuk Tommy Jeans :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *