top of page

Terma & Syarat Cabutan Bertuah

BANDORU SUNGAI PETANI

  1. Penyertaan cabutan bertuah terbuka kepada pelanggan yang membuat pembelian bernilai minimum RM150 dalam satu (1) resit sepanjang tempoh Grand Opening Bandoru Sungai Petani.
     

  2. ​​Setiap resit yang mencapai nilai minimum RM150 melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan sahaja, tanpa mengira gandaan nilai pembelian.
     

  3. Penyertaan sah hanya untuk transaksi yang dibuat di Bandoru Sungai Petani pada tarikh promosi yang ditetapkan.
     

  4. Peserta diwajibkan mengisi maklumat dengan lengkap dan tepat di belakang resit pembelian. Borang yang tidak lengkap atau mengandungi maklumat tidak sah akan dibatalkan.
     

  5. Sepanjang acara Grand Opening, dua (2) Hadiah Utama dan dua (2) Hadiah Saguhati akan ditawarkan.
     

  6. Pemenang akan diumumkan pada jam 2.00 petang pada hari Jumaat, 12 Disember 2025 dan Sabtu, 13 Disember 2025 (satu Hadiah Utama dan tiga Hadiah Saguhati setiap hari) semasa acara berlangsung serta melalui siaran langsung di Instagram dan TikTok Live.
     

  7. Semua hadiah mesti dituntut di kedai sewaktu cabutan pada jam 2.00 petang, dan pemenang perlu hadir semasa cabutan. Jika tidak, penyertaan dianggap batal.
     

  8. Pemenang akan dipilih melalui proses cabutan bertuah oleh pihak Bandoru. Keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
     

  9. Hadiah yang ditawarkan tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai, kredit, atau barangan lain. Bandoru berhak menukar mana-mana hadiah kepada hadiah lain yang bernilai setara atau lebih tinggi tanpa notis terlebih dahulu.
     

  10. Bandoru berhak mengubah, menambah, atau meminda mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.
     

  11. Dengan menyertai cabutan bertuah ini, peserta bersetuju bahawa Bandoru berhak menggunakan nama, gambar, dan/atau rakaman pemenang untuk tujuan pengumuman, dokumentasi, atau promosi tanpa sebarang bayaran tambahan.

© 2023 by Bandoru.

Hubungi kami

Customer service: 010-350 3595

Ikuti updates di
media sosial kami:

  • Instagram Bandoru
  • Tiktok Bandoru
  • Socmed icons-03
  • Socmed icons-04
bottom of page