top of page

Big Pay: Debit Kad Kaki Travel Wajib Ada!


Kita boleh nampak start dari tahun lepas dah semakin ramai yang pergi travel atau vacation ke luar negara. Mana taknya, dah dapat peluang travel semula lepas lama international borders kita ditutup kan. Mestilah ramai yang excited!


Soalan yang selalu ada dalam kotak fikiran orang yang nak travel especially yang first timer adalah "cukup ke duit yang aku bawa ni?", "selamat ke kalau aku bawa cash banyak banyak waktu travel?" "boleh ke aku pakai kad dekat luar negara, berapa pula caj tambahan kalau boleh?" dan macam macam lagi lah soalan muncul pasal duit kalau kita nak listkan..


Ha korang pernah dengar tak pasal Big Pay? Big Pay ni boleh jadi penyelamat untuk kaki kaki travel dekat luar sana.


Banyak kelebihan yang korang boleh dapat kalau gunakan Big Pay untuk travel.


1. Kad Big Pay boleh digunakan anytime, anywhere!



Akaun BigPay anda disertakan dengan kad Visa yang boleh bagi anda akses kepada lebih 45 juta peniaga di seluruh dunia. Jadi, korang boleh gunakan Big Pay dekat mana mana je seluruh dunia sama ada dalam talian ataupun di luar talian.


Selain tu, kad BigPay ni boleh digunakan untuk keluarkan duit daripada akaun Big Pay korang tu dekat mana mana mesin ATM yang ada dekat luar negara, as long as mesin tu terima transaksi Visa.


Powerrrrr gilerrr kan?



2. Kadar pertukaran real-time


Tak payah pening pening pergi money changers dah. Kalau gunakan kad Big Pay, korang boleh bayar kadar pertukaran mengikut masa nyata. Sebagai contoh, korang pergi shopping makan dekat US, korang boleh je buat transaction directly menggunakan kad Big Pay.


Kad Big Pay ni akan automatik tukar mata wang mengikut tempat atau destinasi yang sedang kunjungi untuk korang buat apa apa pembelian atau transaksi. Memang memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa!


3. Kad Big Pay Lebih Selamat


Tak kira lah dalam Malaysia ataupun dekat luar negara, sekarang macam macam jenayah ada especially yang melibatkan duit. Sebab tu lah ramai yang risaukan keselamatan bila travel ni.


Rasanya ciri ini tiada pada mana-mana kad fizikal yang ada dekat Malaysia ni. Biasanya kalau apa apa jadi korang kena call pihak bank untuk block atau cancelkan kad supaya orang lain tak boleh guna kad tersebut


Tapiiiiiii kalau korang travel dengan Big Pay, korang boleh bekukan kad gunakan aplikasi Big Pay, lebih kurang macam kalau kad ATM kita hilang atau dicuri. If dah jumpa kad Big Pay tu semula, korang boleh jee aktifkan semula. As simple as that!


Selain tu disebabkan Big Pay menitikberatkan keselamatan, setiap transaksi yang korang nak buat akan memerlukan PIN, OTP atau Touch ID.



4. Dapat Kumpul Big Points bagi setiap transaksi




Setiap transaksi yang dah selesai kalau gunakan apps dan kad Big Pay, korang boleh dapat point BIG Air Asia. Tak kisah lah pakai mata wang apa pon, still boleh dapat points dan kumpul points! anpa mengira mata wang!


  • Transaksi menggunakan kad, RM30 = 1 point

  • Bayar bil menggunakan aplikasi BigPay, RM20 = 1 point

  • Bayar guna DuitNow, RM30 = 1 point

Lagi banyak spend, lagi banyak mata atau point yang boleh dokumpul.


Disebabkan Big Pay ni dibawah Air Asia, jadi setiap point yang dah dikumpul tu boleh korang guna untuk tebus flight percuma, stay dekat hotel Tune ataupun dapat macam-macam rewards lain daripada Air Asia.



5. Monitor Perbelanjaan Di Apps BigPay


Antara benda yang paling seronok dan memudahkan perjalanan traveller ni adalah korang dapat monitor setiap perbelanjaan korang on-the-go, waktu tu juga.


Lepasni tak payah risau risau korang over-spend atau over budget sebab tak dapat nak track duit kemana waktu spend duit tu. Hahaha biasalah kadang tengah berseronok memang tak sedar dah spend duit banyak banyak.


Memang berbaloi untuk korang buat kad Big Pay ni especially yang suka travel ke sana ke sini dan hidup cashless. But at the end of the day, adalah sangat disyorkan korang travel dengan tahap kesediaan yang baik. Readykan barang yang patut dibawa secukupnya dan standby juga cash sedikit, just in case ada apa apa emergency yang memerlukan anda menggunakan cash.


60 views0 comments
bottom of page