top of page

Tips Gayakan Jumpsuit Untuk Wanita Bertudung


Sumber imej: Pinterest

Tahu tak jumpsuit boleh buatkan kita nampak lebih elegan, muda dan ceria dalam satu masa? Kalau nak tahu jumpsuit ni antara outfit yang boleh menjimatkan masa dan sesuai untuk geng yang suka bersiap lama!


Tapi....


Ramai yang masih ragu-ragu dan gusar nak gayakan jumpsuit. Jumpsuit ni kalau tersilap gaya memang akan nampak janggal sikit so korang kena hati-hati sikit dalam penggayaan jumpsuit.


Harini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk memakai jumpsuit. Teruskan baca sampai habis ok!


1. Pemilihan saiz dan silhoutte yang tepat


Perkara pertama atau kunci utama yang perlu korang take note adalah kesesuaian jumpsuit pada badan sendiri untuk kelihatan perfect bila stylekan ia. Jangan pakai jumpsuit yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Ini sebabnya.


Kalau korang pakai jumpsuit yang terlalu ketat, korang mungkin akan nampak macam tengah pakai sut atau kostum dan badan pon akan automatik rasa tak selesa. Kalau korang pakai jumpsuit yang terlalu longgar pula, bentuk badan akan hilang sebab jumpsuit tu akan menyelubungi badan.


Dengan macam macam style berbeza yang ada untuk dipilih, sangat penting untuk korang faham style yang sesuai untuk jenis bentuk badan sendiri.


Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan hourglass, cutting jumpsuit yang fit pada badan dan bahagian pinggang akan menyerlahkan bentuk badan serta bakal mencipta silhoutte yang elegan.


Bagi wanita dengan badan berbentuk pear, jumpsuit yang dapat balancekan bahagian atas badan dan bawah badan adalah jumpsuit yang paling perfect untuk korang! Cari jumpsuit yang berkaki lebar atau lurus untuk nampakkan siluet badan.


Jika anda mempunyai angka berbentuk segi empat tepat, jumpsuit dengan pinggang yang jelas dan kaki melebar akan bantu ciptakan curve dan siluet yang lebih feminin.


Bagi wanita dengan bentuk badan berbentuk epal pula, jumpsuit dengan pinggang tinggi dan kaki lebar akan membantu memanjangkan kaki anda dan mencipta rupa yang lebih proporsional.


Konklusinya, bergantung pada jenis bentuk badan, apa yang menampakkan curves badan lebih cantik dan paling penting apa yang boleh buat korang lebih rasa konfiden, itulah pilihan jumpsuit yang paling tepat!



2. Padanan outerwear

Sumber Imej: Pinterest

Bonus untuk naikkan lagi seri outfit dengan jumpsuit ni adalah dengan padanan outerwear macam blazer, cardigan atau jacket yang memang ngam teroks.


Kalau tak pernah cuba pakai jumpsuit, tambahan outerwear seperti blazer akan buatkan pemakai rasa lebih selesa, konfiden dan lain daripada yang lain. Tetapkan tema yang korang nak stylekan sama ada formal atau tidak.


Pilih ton warna yang serupa dengan jumpsuit atau kontras dengan anda. Sebagai contoh, kalau korang pakai jumpsuit bunga yang cantik, lebih sesuai kalau anda padankan blazer dengan warna cerah. Just make sure yang kedua kedua item sesuai dengan each other.



3. Pemilihan warna


Kalau korang someone yang biasa pakai jumpsuit berwarna hitam dan putih, sekarang korang kena cuba pakai jumpsuit dengan warna yang lebih bold dan solid seperti biru navy, merah, burgundy, atau hijau olive.


Tapi kebiasaannya hitam menjadi pilihan ramai sebab badan akan nampak lebih slim dan tinggi!


Untuk yang baru nak cuba cuba pakai jumpsuit, korang boleh mulakan dengan warna selamat. Biasakan dulu pakai jumpsuit warna selamat, nanti lama lama bolehlah cuba pakai warna ataupun corak yang lebih menyerlah. Barulah styloooo~~



4. Aksesori


Aksesori adalah kunci dalam menggayakan jumpsuit. Aksesori yang betul boleh buatkan jumpsuit yang simple jadi pakaian yang lebih bergaya.


Bila pakai jumpsuit design printed, make sure pairkan aksesori yang tak terlalu sarat untuk elakkan korang nampak over.


Contoh aksesori yang sesuai dan cantik digayakan dengan jumpsuit adalah tali pinggang. Dengan memakai tali pinggang, ianya akan cipta satu ilusi kurus pada badan dan menampakkan korang lebih tinggi. Kita yang perempuan ni kan suka nampak kurus dan tinggi hehe.


Banyak lagi aksesori yang sesuai korang boleh mix dan matchkan dengan jumpsuit. Contohnya, gelang, rantai, anting-anting, beg tangan dan macam macam lagi lah. Kena kreatif lebih sikit okayyy. Kalau nak ke majlis yang formal, korang boleh pakai beg clutch! Memang cantik dan feeling feeling dating gituuu.


Dengan aksesori dan teknik penggayaan yang betul, jumpsuit boleh jadi trend atau gaya yang simple dan jimat masa. So kalau korang cuba belajar cara pakai jumpsuit yang betul, fashion game korang memang akan berubah dan style.


Jadi jangan takut untuk bereksperimen, express yourself dan be confident!



136 views0 comments
bottom of page