top of page

Selam like a pro! 5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Menyelam

May 12, 2023
4 min read

Updated: May 25, 2023

Budaya selam bundle dekat Malaysia makin lama makin merebak luas. Mana taknya sekarang kalau kita nak selam melalui online pun dah boleh.


Zaman zaman now, memang ramai pembeli lebih pilih pakaian alternatif yang lebih berpatutan dan mesra alam compare dengan fesyen pakai buang (fast fashion). Pengguna bijak gituhh.


Bila makin ramai peminat dalam dunia bundle, maka wujud lah geng geng yang baru nak berjinak jinak menyelam. Jadi, ada beberapa perkara wajib yang semua kaki selam kena tahu sebelum korang lemas dalam dunia bundle.


Tips ni sesuai untuk elakkan korang tertipu atau ditindas masa beli barang bundle.


“Nak menyelam pon kena ada tips dan knowledge ke?”


Yaa tapi bukan apa, once korang dah tahu tips dan tricks menyelam bundle ni, lebih smooth lah perjalanan untuk menyelam sampai lemas dan dapat barang yang berkualiti cemerlang walaupun hanya dari kedai bundle. Barulerrr jimat masa, jimat poket dan puas hati! Untung-untung dapatlah barang jekpot!


1. Kenal pasti BRAND dan DESIGN yang diminati


Brand apa yang korang minat? Carhartt, Uniqlo, H&M, Nike, Adidas, Yankees? Memang tak habis la kalau nak sebut semua brand satu satu kan. Oleh itu, untuk jimatkan masa menyelam, korang fikir siap siap brand favourite korang supaya jadi target item untuk diserbu nanti.


Dekat kedai bundle, korang boleh dapat banyak pakaian yang branded dengan harga berganda ganda lebih murah berbanding dengan kalau korang beli di butiknya sendiri.


Nilai setiap brand dan design tu dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya, kualiti fabrik, teknik jahitan, keluaran limited dan macam macam lagi. Lagi rare atau vintaj sesuatu item tu, kebiasaannya lebih tinggi lah nilainya.


Dalam kedai bundle macam Bandoru, memang macam macam brand dan design ada. Sebab tu orang kata boleh sesat, tak jumpa jalan keluar kalau dah masuk kedai bundle. Bahaya~~


Nah Admin share sikit beberapa brand atau design rare yang korang boleh jumpa bila menyelam dekat Bandoru.


  • Studio D’Artisan Selvedge Jeans

Retail Price: RM1,047 ke atas

Bandoru Price: RM350 - RM550


Jekpot! Siapa nak bagi harga half price dekat korang dengan barang yang berkondisi #BetterThanNew. Kaki bundle je tahu kepuasan bila menyelam ni. Studio D’Artisan ni merupakan jenama denim terkenal Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1979. Kalau beli baru memang koyak poket lah korang gaisss.


  • ZARA Blouse

Retail Price: RM179 to RM1000+

Bandoru Price: RM15


Untuk penyelam wanita, ZARA adalah salah satu brand yang digilai ramai.


2. Check tag brand


Kaki bundle especially yang suka mendalami brand favourite dorang memang akan familiar dengan langkah ni. Tag brand dekat setiap pakaian kena ambil kira sebelum korang membeli untuk pastikan barang tu memang legit.


Kebiasaannya tag baju terletak di bahagian leher atau di sisi bawah baju. Korang perlu pastikan tag tu betul-betul menepati spec seperti yang tulen/original. Jenama jenama terkenal memang ada banyak versi tiruan. Kadang tu nampak hampir sebiji dengan yang original tapi dijual dengan harga yang lebih murah. Sebab tu ramai yang tertipu.


Bagi peminat item vintej pula, tag untuk brand baju ini kadang kala berubah mengikut peredaran tahun. seperti sesetengah tag ada yang perubahan design, warna, bentuk dan sebagainya.


Selain tu, ada beberapa kaedah lain yang boleh diikut untuk check originality sesuatu pakaian tu mengikut tag. Contoh mudah yang admin boleh bagi adalah Tshirt BAPE macam kat bawah:


  • Kaedah Tag Leher

Sumber imej: legitgrails.com


Tag leher asal mempunyai warna yang sangat terang daripada kuning ke hijau, manakala warna pada tag palsu ini lebih lusuh dan tidak mempunyai kualiti yang sama. Tulisan ditiru dengan baik tetapi huruf sepatutnya lebih jelas. Tepi tag asal juga lebih tebal.


  • Kaedah Tag Lengan

Sumber imej: legitgrails.com


Tag lengan mempunyai ‘ape’ ikonik padanya.


Kadang-kadang, walaupun jenama asal tak konsisten dalam menjahit tag, tetapi tag itu tidak akan dijahit kelam kabut seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang betul. Bentuk ape lebih besar pada tag asli dan warnanya coklat, manakala cetakan palsu berwarna merah gelap.


Tulisan "R" juga berbeza pada model palsu, kerana ia tidak sepatutnya tebal dan pekat, tetapi nipis dan lebih pucat.


Brand itu sendiri mungkin memainkan peranan dan membezakan cara korang kenal pasti ketulenan sesebuah pakaian tersebut. Cuma tekniknya takkan lari jauh dari yang saya kongsikan ni.


3. Check jahitan


Satu lagi tips untuk korang yang baru nak cuba nasib dalam dunia bundle ni.


Pengalaman mencari dan menyelam dekat kedai baju bundle ni amatlah berbeza daripada pengalaman korang membeli baju di kedai-kedai biasa. Alangkan nak beli baju baru pon kita perlu check jahitan, inikan baju terpakai atau bundle.


Bila cari pakaian original, kebiasaanya jahitan akan nampak lebih clean daripada yang fake. Jahitan pada barang original akan lurus dan mengandungi lebih banyak jahitan setiap inci persegi. Item palsu akan mempunyai jahitan yang kurang (lebih banyak bahan = lebih kos) dan garisan tidak akan sama lurus.


So tak pelik lah kan barang original dan branded berganda lebih mahal daripada barang fufu atau fake.


Untuk peminat item vintaj pula, jahitan pada baju adalah salah satu benda yang dititikberatkan sebelum mereka membeli. Kebiasaannya jahitan lengan dan bawah terbahagi kepada 2 iaitu Single Stitch dan Double Stitch. Perbezaannya adalah satu line jahitan atau dua line jahitan.


Kebiasaannya baju di era awal 90an ke bawah mempunyai jahitan single stitch. Jahitan single stitch ni merupakan kaedah pembuatan t-shirt yang paling biasa pada tahun 1980-an dan 1990-an di Amerika Syarikat.


Contoh Tshirt yang mempunyai jahitan single stitch (Sumber imej: thriftcon.co)


Contoh Tshirt yang mempunyai jahitan double stitch (Sumber imej: thriftcon.co)


Tapi korang jangan mudah ditipu! Sekarang banyak juga Jenama dan pereka menggunakan binaan jahitan single stitch ni untuk meniru estetika Vintaj.


4. Check jenis fabrik dan kondisi


Tips ni akan tolong korang untuk kenal pasti betapa mudahnya sesuatu item untuk dicuci dan sama ada ia berbaloi dengan harganya.


KiContoh biasa ialah jumlah barangan poliester yang banyak di kedai-kedai. Tidak ada yang salah dengan pakaian poliester dan dalam beberapa kes, ia adalah bahan pilihan.


Jadi, sebelum anda membeli, pastikan jenis fabrik untuk item tersebut. Jika tshirt di Malaysia, kebiasaannya nilai fabrik 50% Cotton 50% Polyester atau lebih dikenali dengan 'Kain 5050' lebih tinggi nilainya berbanding 100% Cotton.


Perkara ini dapat dipastikan melalui info yang diletakkan pada tag baju tersebut. Kalau yang dah betul-betul berpengalaman, pegang kain pun dah tau kain 100 atau kain 5050.


5. Check harga market


Ada sesetengah kedai tidak membahagikan baju mengikut section, kualiti atau harga. Jadi terpulang kepada nasib dan siapa yang cepat untuk mengambil baju bundle yang masih elok dan semestinya menjadi bonus sekiranya baju tersebut merupakan baju berjenama atau "rare".


Jangan terburu-buru untuk membayar sebelum korang periksa semua detail dekat atas! Make sure korang periksa harga market sebelum membeli. Tak semua barang mahal tu rare. Kalau ada kengkawan yang pro dalam dunia bundle, ada baiknya korang tanya pendapat atau buah fikiran dorang.


Lepastu tunggu apa lagi? Sauk reramai lah geng! Nak barang padu dan premium korang datang je ke Bandoru berdekatan. Selamat menyelam!


 
 
 

120 Comments


blogcommentsieuviet
6 days ago

Mình dành thời gian kiểm tra luck8 thông qua các thao tác thường gặp khi điều hướng. Mình lần lượt mở một mục, chuyển sang phần liên quan rồi thử quay lại trang trước. Mình quan sát phản hồi của giao diện và cách bố cục được duy trì sau mỗi thao tác. Ngoài ra, mình thử tải lại một số trang để xem nội dung có được hiển thị theo cùng cách hay không. Qua quá trình này, mình có thêm cơ sở để mô tả cách giao diện xử lý những thao tác liên tục và cách các khu vực kết nối với nhau.


Like

dwainnervi55
6 days ago

tn88 giúp tôi chú ý hơn đến cách trình bày các hướng dẫn dành cho người mới. Tôi xem phần thông tin tổng quan trước, sau đó tìm những nội dung giải thích về tài khoản và cách sử dụng chức năng. Khi quan sát casino, nổ hũ và bắn cá, tôi tập trung vào khả năng nhận diện danh mục và cách phần mô tả giúp làm rõ nội dung từng khu vực. Tôi cũng để ý liệu các hướng dẫn có được chia thành những bước dễ theo dõi hay không. Theo tôi, thông tin hướng dẫn nên sử dụng cách diễn đạt nhất quán, tránh thuật ngữ khó hiểu và đặt nội dung theo trình tự hợp lý.…

Like

blogcommentsieuviet
Oct 19

RR88 đăng nhập khiến mình chú ý đến cách những thói quen nhỏ dần trở nên quen thuộc qua nhiều lần truy cập. Mình thường bắt đầu với Casino, tìm hiểu Baccarat rồi chuyển sang Xổ số để quan sát Keno. Khi quay lại ở phiên sau, mình có xu hướng kiểm tra trạng thái tài khoản trước khi tiếp tục nội dung đang quan tâm. Qua một thời gian, mình dần hình thành trình tự riêng và biết rõ những bước cần thực hiện. Có lúc mình bắt đầu bằng danh mục đã quen, cũng có phiên muốn khám phá một lựa chọn khác. Với mình, sự chủ động đến từ việc hiểu rõ mục đích sử dụng và duy…


Like

dwainnervi55
Oct 19

https://nohu888.top/ tôi quan tâm đến việc những nội dung kinh nghiệm được phân biệt với hướng dẫn sử dụng cơ bản. Một bên tập trung giải thích thao tác, còn bên kia thường đề cập cách lựa chọn và quản lý ngân sách. Khi đọc các bài về slot, casino hoặc bắn cá, tôi muốn biết đâu là quy tắc có thể kiểm chứng và đâu chỉ là nhận định cá nhân. Sự phân biệt này quan trọng vì chiến thuật không bảo đảm kết quả trong những trò có yếu tố ngẫu nhiên. Với tôi, cấu trúc nội dung hợp lý cần giúp người đọc tiếp cận kiến thức nền tảng trước khi xem những lời khuyên nâng cao.

Like

dwainnervi55
Oct 18

EX888 khiến tôi quan tâm đến khả năng giữ định hướng khi chuyển qua lại giữa những khu vực khác nhau. Tôi mở Thể thao, xem cách thông tin được tổ chức rồi chuyển sang Casino để đối chiếu vị trí menu và tiêu đề. Tôi tập trung vào tính nhất quán của bố cục, bởi thay đổi quá nhiều giữa các phần có thể khiến người dùng phải làm quen lại. Nếu tên mục và cách trình bày dễ nhận biết, việc chuyển đổi sẽ ít gây gián đoạn hơn. Tôi cũng thử quay lại khu vực vừa xem để kiểm tra khả năng tìm lại vị trí. Với tôi, điều hướng hiệu quả cần giúp người dùng hiểu mình…

Like
Logo bandoru.png

© 2023 by Bandoru.

Hubungi kami

Customer service: 010-350 3595

Ikuti updates di
media sosial kami:

  • Instagram Bandoru
  • Tiktok Bandoru
  • Socmed icons-03
  • Socmed icons-04
bottom of page